Raja Zahabiah
19hb. Hari kedua bdk2 menghadapi SPM exam. Paper apa lagi kalau bkn BI dan Sejarah; antara killer subject tak kira bdk kelas depan, apa lagi bagi pelajar-pelajar PDdan K. AlhamdulilLah soalan KI senang, lebih senang daripada soalan PMR rasanya.. direct question. Cuma ada beberapa yang mayb pilihan jawapannya mengelirukan pelajar tapi still can score punya.Kalau study laaa. Ptg paper 2. Tunggu jugaklah diaorg ni keluar kul 4.30. Bkn apa, nk tgk reaksi bdk2 tu. Senyum manis bbrap pelajar buat aku suspen... Blh? Wha ada yg menjerit kesukaan bila tgk muka aku...blh jawablah tu.Masing2 sibuk tanya betul ke tak mcm ni...Betullah tu....Memang mengena! Puashati. Semua soalan yg dibincangkan saat akhir keluarlah... soalan trial kitapun direct. Hi kalau tak blh jwb tak taulaaa....Nk tergelak tgk bdk2 ni... ada yg terjerit2 kesukaan lega, dan sorang tu pulak bagtau nk campak buku lah lps ni... mcm2. Betapa sukarnya Sejarah bagi mereka. Dah lepas, rasa lega tak terkira. Aku pun apa kurangnya, satu beban besar dah lepas...Bkn apa selagi x selesai, rasa tak sudah je kerja aku sampai tghari sblm bdk2 masuk paper 2, sempat lg pass kertas contoh jawapan. Nasib baik keluar gak soalan tu... Huh!! Lega lega, tidopun blh lenalah...
Raja Zahabiah
Raja Zahabiah
2.50 pagi...selepas menyemak semua e-mail, mata terpaku pada pandangan yang sungguh
menakjubkan, cuping yang terjerat dengan kelunakan ayat-ayat nan mengasyikkan, terus..hati meronta-ronta untuk turut sama merayakan. Kembara minda berbayang-bayang bersama lagu2, wajah2, gerak langkah dan warna-warna polos yang pernah bertandang di sebuah daerah...Oh! Tuhan, bawalah aku ke sana! (terawikh di tv1)
Raja Zahabiah
Lama tak post any news... so bz especially tis week.

6-8 Julai: Kursus Pembestarian Sekolah di New Pasific Hotel, Kota Bharu.
First time drive sendiri ke Kota Bharu. Kuantan or KL bolehlah
but Kota Bharu, never u! Syukur, at last sampai jugak. Thanx to
u, Nik, u always be there when I need u... 3 hari di KB...
8hb bertolak balik sampai dalam 10.30 malam..
9 Julai : Pagi2 buta dah buka winjaws kat sekolah, buat relief kul 7 pg.
10-12 : Kelas CH dibatalkan sbb kena bertugas di SMKC. Ada pertandingan
peringkat daerah Kemaman... musimnya dah bermula!
14 Julai: Ada Tinta 4-5 ptg. Thanx to Nazirul and d gang. I luv u all.
15 Julai: Meeting pengurusan! 2.50 - 4.00 got 5PD1 class, then sambung
dengan kerja-kerja Tinta kat Akses Room sampai 5 lbh...
Malam dlm kul 8 g round kelas malam. Not bad!
16 Julai: Bertolak ke Kuala Terengganu dalam kul 9 pg. Minggu ni,
16-18hb tern Kuala Terengganu Utara dan Selatan pulak
bertanding. Pasti hebat dan sperti biasa, aku perlu bertugas
dalam kategori seni. 3 hari u... Khamis jumaat Sabtu. Penutup
kul 2.30 hingga 5 lbh. so what time should I fly to Kemaman?
18 Julai: Kul 6lbh, selesai ambik bdk2 habis swimming kat TER, terus
bertolak balik ke Kemaman. Non-stop! 8.15 sampai....
Going out 4 dinner at Terapung Restnt. Penatnya...
19 Julai: Cannot get up! So suddenly my right eyes... so ichy,
red n swollen. Terus sms sana sini.. I'm going to c dr! MC.
20 Julai: Cuti Keputeraan Sultan Terengganu. Fara dtg show me
sample of sulam manik. Nice to c her.. so young and smart.
Going to Kuantan. First Harry Potter then buat hair treatmnt
kat Yun Nam. 9.00 pm baru cari makan malam kat Johny's.
Mkn stemboat n side order. Bloody full!!! Kul 11.29 sampai umah.
21 Julai: Today! Mtg pengurusan sampai kul 3. Lunch jap sampai 3.30 then
sambung kelas 5AB yang diambil Aizuddin sekejap. TQ krn sudi
relief kelas ptg. Sampai 4pm, sambung Tinta pulak kat Pusat Akses
sampai 5 lbh. Balik umah, mandi, siap2 terus bertolak ke Kerteh.
Wah! So big, so many nice things, dalam kedai perabot si Timah ni.
Selesai urusan dgn Timah, jez drop by kat MC D. Tapau je sbb rushing
balik! Ada kelas mlm u!! 8pm. Lmbt dalam 6 minit tapi oklah sbb
bdk2pun jez sampai. Huh! Ngam-ngam..
So, now I am... rushing here n there, having unfinished bussiness!
Now u know, what is tis mean... Jadual Padat!!!
Raja Zahabiah
Carta Organisasi Bidang Sains Kemanusiaan SMKSI 2009
Raja Zahabiah
I'm a leopard charmer. Wanna to c my collection?
Raja Zahabiah
This is my family: USRATI JANNATI

Raja Zahabiah
Today 2 Mei. Julung-julung kalinya SMKSI menerima hampir 4,000 tetamu penting dan orang ramai selepas beberapa tahun. Mayb selepas sepuluh tahun. Sebelum ni bukan tak pernah SMKSI menjadi tuan rumah bagi acara-acara penting tetapi mereka yang terlibat atau berkunjung di sini tidaklah seramai yang ada pada hari ini. Terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kerana memilih SMKSI sebagai tapak Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Sekolah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2009.
Raja Zahabiah
Dua tiga menjak ni, perasaan berbaur suka dan duka... My eldest son dpt tawaran ke Jepun.
Tis coming Sunday going to KL for Ambang Asuhan Jepun kat UM, my old place! UNITEN n
Matrik Melaka pun dapat. UTP belum tau dapat tak. If not dia nak pk 1 more time utk tidak
ke negara matahari terbit tu bila I duk sebut2: jauhnya along... I pk sekali rasa taknak bg tapi pk sekali lagi, takpelah... for his future, lagipun memang impian dia sejak awal. Esok2 jika Tuhan izinkan, sampailah kita ke sana... manalah tau kan. Daddynya dah sampai, thats y dia ok je.
So just now kita celebrate lah kejayaan along tu. BBQ lg... dalam hujan punya lebat, habis jugak
kerja2 pembakaran terbuka malam ni. Byk gak makan ni, mihun, mee bandung, sate, puding roti, gorengan2, kek dan ntah hapahapa laglah... semua hentam sajalah! mata pun naik layu.
Esok Sabtu, sekarang crite hantu, I masuk tido dululah.... Congratulation to my 1st hero...!
Doa kami mengiringi...
Raja Zahabiah
hidup adalah pohon
yang berdiri di tempatnya

(cuba selami bait-bait nan indah ini...)

datanglah pada hidup pengembara
yang mengetahui di mana dirinya
dan lihatlah ke dalam dirimu apa yang sebenarnya
kauinginkan
dan yang telah kaulaksanakan
andainya kasih sayang jadi kerinduan
ianya bagai pohon yang memerlukan pilihan
dan kata-kata dari perbuatan
memang tak seharusnya kau berada di sini
pada pilihan yang tak pernah ditentukan
hidup adalah bayangan yang memerlukan cahaya
suatu kepentingan yang mesti

menangislah dalam kerinduan yang luka
kepedihan akan mengembalikan dirimu ke asalnya
bagaimana bentuk dan pilihan
yang pasti memberikan jawapan

senangilah pohon-pohon yang memberikan warna
kerana warna adalah dirimu
dan dirimu adalah warna yang bangkit dari cahaya
kasih sayang membentuk hidup dalam kekuatan
dan kekuatan membangkitkan keinginan
keinginan adalah perasaan yang melihat
kejujuran yang berani
membakar segala ketakutan
kebenaran akan membebaskan diri
apabila engkau mengenalinya

hidup adalah pohon yang berdiri di tempatnya
menalikan cinta dari waktu ke waktu
bagai malam yang tak mengenal kegelapan
dan kegelapan adalah nafas cintanya
membentuk siang
dan siang adalah pilihan yang mesti
mewarnakan seluruh kehendak

zaihasra
Raja Zahabiah
Hari ini merupakan hari bertuah buat saya kerana berjaya menghasilkan blog
Ini post pertama saya...